Alhamdulillah. Setelah gagal dalam perkahwinan sebelum ini, Cico Harahap sudah pun bertunang dengan seorang gadis berketurunan Cina. Masih belum memeluk Islam, gadis tersebut sudah pun menjadi tunangan Cico sejak setahun lalu. Cico mahu memastikan tunangnya mengenali Islam dengan mendalam terlebih dahulu dan bukan memeluk Islam semata-mata mahu berkahwin dengannya.
"Status bertunang ini sebenarnya hanya mahu mengikat janji. Itu sahaja. Jadi tidak bermakna dia tidak peluk islam, maka saya tidak boleh bertunang dengan dia":-Kata Ciko Kepada Media Hiburan Sebelum Ini
Betul kata Cico. Semoga dalam tempoh pertunangan ini, tunang Cico akan belajar lebih mendalam mengenai Islam dan akan terbuka hati memeluk agama Islam sebelum berkahwin kelak. Sama-samalah kita doakan. Tahniah buat Cico dan tunang atas berita gembira ini.